Sulit
4 tahun
Mengalami masalah najis berdarah ketika membuang air besar
Saya wanita berusia 20 tahun…Saya mengalami masalah ketika membuang najis…najis Saya mempunyai darah…adakah Saya mempunyai masalah yg serious…Saya kurang minum air Dan selalu minum minuman sejuk Dan berais… adakah masalah Saya serius Dan mempunyai jalan penyelesaian?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalaha yang anda alami boleh disebabkan:
- Sembelit serta luka pada hujung dubur
- Buasir
- Jangkitan kuman seperti salmonella
- Penyakit radang usus - gejala tambahan seperti ciri-birit dan demam
Bagi mengatasi masalah ini, anda boleh amalkan pemakanan lebih sayuran hijau, minum susu laktosa serta lakukan senaman. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.