
Sulit
3 tahun
Mengalami masalah period yg tidak dtg selama beberapa thun
Saya wanita berumur 19 tahun dan saya tidak dtg period selama sethun… tetapi sya tidak dtg sejk umur sya 17 thun ap yg perlu sy lakukn

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid yang tidak teratur
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Tekanan emosi atau stres
- Penggunaan atau kesan sampingan ubat-ubatan
Anda masih risau tentang haid yang tidak datang? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Anda boleh lakukan beberapa perkara ini untuk membantu anda mendapatkan haid semula:
- Mengurangkan berat badan
- Mengamalkan gaya hidup sihat seperti pemakanan seimbang dan bersenam
- Berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor pakar sakit puan untuk pemeriksaan lanjut supaya rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.