
Sulit
5 tahun
Mengalami masalah sakit kepala
Assalamualaikum doc… Sy nak tanya, kenapa saya selalu sakit kepala… Sakit pada bahagian tengah dari depan hingga belakang. Kekadang sakit bahagian belakang… Bila sakit rasa sakit sangat… Selain tuu ada juga rasa kadang² letihh .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala dan sesak nafas yang anda alami boleh disebabkan:
- Anemia (kurang sel darah merah)
- Dehidrasi akibat cuaca panas
- Radang saluran udara - akibat asap (seperti jerebu atau asap rokok) ataupun jangkitan kuman. Sesak nafas yang berpanjangan boleh menyebabkan kurang oksigen pada otak dan menyebabkan sakit kepala
- Sakit kepala migrain - pencetus seperti coklat, kafein atau keju
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.