
Sulit
4 tahun
Mengalami period yang kerap, dalam sebulan period keluar dua kali n sangat - sangat deras
Sy wanita yang berumur 33 tahun n baru sahaja berkahwin pada Mac tahun 2019 lalu…masaalah saya adalah saya kerap period selepas saya berkahwin, selalu dalam sebulan sy akan keluar haid 2 kali saya mengambil Pill hormon untuk merancang… Sy juga kerap rasa sgat lesu n pening kepala

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, pil perancang kehamilan boleh menyebabkan haid tidak teratur kerana perubahan hormon. Tetapi haid yang tidak teratur boleh juga disebabkan beberapa perkara seperti:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus (untuk wanita berusia)
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!