
Sulit
4 tahun
Mengalami rasa kebas di jari yang terluka
Saya telah mengalami luka akibat terkena pisau di jari manis sebelah tangan kiri tahun lepas. Menerima 3 jahitan dan pendarahan yang agak serius. Setelah pulih jari berasa kebas sehingga kini. Kebas apabila disentuh dibahagian parut dan keseluruhan jari tersebut. Mohon pencerahan Doc. TQ

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Berkemungkinan semasa jari anda terluka, urat saraf di jari tersebut juga terlibat. Oleh sebab yang demikian, anda merasa kebas di kawasan tersebut.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.