
Sulit
5 tahun
Mengalami sakit bahagian perut , tangan kaki mengalami sejuk seperti ais , sakit kepala bahagia depan hingga leher , badan lemah , tiada selera,sakit dada,sesak nafas
Hai,doktor…saya Aini umur 30tahun ini, saya mengalami sakit seperti diatas.sakit perut sakit pedih ulu hati yang terlalu pedih seperti di hiris pisau ,hingga dada mengalami sesak nafas dan sakit bahagian dada kanan , nadi,nafas,denyutan jantung terlalu laju naik turun tetapi keadaan saya akan menjadi lemah berlaku saat saya banyak berfikir ,dan keadaan tangan dan kaki saya akan mengalami sejuk seperti ais dan rasa kebas , selain itu keadaan sakit kepala saya bahagian depan mata hingga ke leher…jika berlaku sakit yang saya alami saya akan mengalami tidak selera makan…boleh ke doktor bagi pandangan tentang apa yang saya alami.tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Demam denggi
- Demam malaria
- Gastritis
- Batu pada saluran hempedu
- Keradangan pankreas
- Pendarahan pada organ dalaman/ saluran pencernaan
- Batu pada buah pinggang
- Migrain
- Tekanan darah tinggi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana gejala yang anda hadapi boleh mengakibatkan komplikasi yang lebih teruk dan kematian akibat daripada shock (anggota badan menjadi sejuk & denyutan jantung terlalu laju). Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.