
Sulit
5 tahun
Mengalami sakit dibahagian belakang kepala
Saya berumur 21 tahun, sejak petang semalam sesudah mengajar pelanggan mendaftar online banking saya mula merasakan kesakitan yg secara tiba2 di bhgian kepala Dan kesakitan itu tetap kekal sehingga hari ini… Apakah ubatan yg boleh sembuhkan atau kurangkan sakit saya ini… Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala yang anda alami boleh disebabkan:
- Tekanan darah tingg
- Migrain - sekiranya anda pernah mempunyai sejarah migrain
- Sakit kepala tegang -akibat stres, dehidrasi
- Jangkitan dalam kepala - gejala lain seperti demam, dan sakit tengkok
- Ketumbuhan - gejala lain seperti muntah waktu pagi, sakit walaupun mengambil ubat tahan sakit, hilang berat badan, sawan
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.