
Sulit
5 tahun
Mengalami sakit mata merah lebih 2 minggu
saya mengalami sakit mata merah lebih 2 minggu masih belum baik lagi.dah pergi ke klinik dan beli ubat di mata di farmasi masih belum baik lagi…boleh doktor bantu saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan virus
- jangkitan bakteria
- alahan
- bahan asing yang memasuki mata
Memandangkan anda sudah mendapatkan rawatan lanjut dan doktor telak memberi ubat namun masih tidak berkesan. Kemungkinan ubat yang diberikan tidak bersesuaian atau diagnosis yang diberikan tidak tepat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.