Sulit
3 tahun
Mengalami sakit pada bahagian peranakan ketika haid dan ketulan darah sebesar 4jari
Saya mengalami sakit pada bahagian peranakan ketika haid dan
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan gejala-gejala yang anda sebutkan, beberapa faktor berkemungkinan menyebabkan rasa sakit tersebut seperti:
- Fibroid
- Kehamilan ektopik
- Endometriosis
- Penyakit Radang Pelvis
- Cyst Ovari
Selain itu, kesakitan ini boleh juga berpunca daripada organ sekitar kawasan tersebut sebagai contoh:
- Radang usus
- Radang appendiks
- Batu Karang
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Sekiranya anda sangat berasa sakit, anda boleh berjumpa dengan segera dengan doktor dihospital bagi mengelakkan sebarang komplikasi. Terima kasih.