Anonymous
6 tahun
Mengalami sakit pinggan dengan tiba-tiba
Saya seorang wanita yang berumur 20 tahun. Saya mengalami sakit pinggan sejak 2 minggu lepas iaitu pada hari pertama saya menduduki final exam. Saya tidak tahu berpunca daripada apa kerana sakit ini datang dengan tiba-tiba selepas saya selesai menduduki peperiksaan hari pertama. Rutin harian saya adalah sama dan pemakanan saya juga adalah sama. Saya menemui website ini ketika saya membuat research berkaitan bahagian badan yang saya sakit ini. Hari ini saya rasa semakin sakit dari kebiasaan. Walaupun saya baring, saya rasa sakit ketika hendak membuat pergerakan badan dan kaki. Sejak hari pertama, ia membuat saya bergerak dengan tidak selesa terutama ketika saya solat. Saya masih tidak memberitahu iba bapa saya berkaitan hal ini. Adakah kerana saya kurang bersenam? Apa yang saya harus lakukan untuk kembali sihat daripada sakit ini? Semoga doktor dapat membantu saya. Terima Kasih! 
6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas persoalan anda
Pertama sekali, sakit pinggang adalah sesuatu masalah yang biasa dan di hadapi oleh sebahagian populasi kita. Ada banyak penyebab untuk sakit pinggang. Antaranya ialah :
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang/ Masalah struktur tulang belakang
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Ovari melepaskan ovum boleh menyebabkan kesakitan pada wanita
- Masalah pada struktur ovari pada wanita / usus
Antara langkah yang boleh anda lakukan:
- Membuat senaman dan regangan yang betul.
- Mengamalkan postur duduk, berdiri, berjalan dan berbaring yang betul
- Mengurangkan berat badan
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.





























