
Sulit
5 tahun
Mengalami selsema,sakit tekak dan panas badan
Sy lelaki berumur 20’an. dalam 2 3 hari ni sy ada selsema,sakit tekak dan panas badan. simptom ini bukan nya datang skali gus. Mula² sy selsema lepas hilang selsema datang nya sakit tekak dan lepas tu panas badan. Adakah ini simptom² covid 19 yg sedang merebak skarang ini. Sy tiada treval keluar negara dan sy xde kontak rapat. Tpi sy keliru sbb sy pada juamaat lepas pada 13/3 sy solat jumaat di sebuah masjid d shah alam. Lepas 2 3 hari sy dengar ada seorng jemaah positif. Adakah itu dikira kontak rapat.
Sy harap doktor boleh menjawab semua pertanyaan sy. Kerjasama dan keprihatinan doktor amatlah sy hargai.
T.kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Definisi kontak rapat dalam kes coronavirus adalah apabila seseorang berhadapan selama 15 minit atau berada di dalam kawasan yang tertutup selama sekurang-kurangnya 2 jam bersama dengan individu yang telas sah dijangkiti virus ini.
Seperti yang anda ketahui, gejala COVID-19 adalah umun serta sangan berkait rapat dengan masalah lain. Oleh itu, berdasarkan simptom sahaja, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti berikut.
Justeru, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan. Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh.
Buat masa sekarang, saya sarankan untuk anda mengawasi gejala anda dan sentiasa melakukan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
Mencuci tangan dengan sabun dan air.
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini