
Sulit
3 tahun
Mengalami sesak nafas yang berpanjangan
pada mulanya sy terasa kering tekak, dan seakan benda membenagkak di kerongkong dan saya mengalami keadaan seperti short of breathing, saya telah berjumpa doctor dan doctor menyaranakn sy membuat swab test. result negative, tetapi sesak nafas itu saya masih lagi terasa. untuk pengetahuan saya sudah terasa sesak nafas ini sudah hampir sebulan. pada 4 hari lepas sy d serang sakit kepala berdenyut dan berat terutaman di bahagin tengkuk belakang, juga saya pergi ke klinik dan doc memberitahu tiada apa yg serius, hanya memberikan sy ubat angin

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Tonsilitis
- Kelenjar ludah yang membengkak
- Pembesaran kelenjar thyroid
- Lymphadenopaty di leher
- Infeksi di tekak yang menyebabkan tekak membengkak
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor