
Sulit
4 tahun
Mengambil ceo cafe saat hipertiroid
Sy wnta 21 thn mnghdp pnyakit tiroid iaitu hprtiroid,saat ini sy mngambil ceo cafe yg berasaskn lingzhi…Ia cuma 100mg kafein…adakh ceo cafe ini beri kesan trhdp tiroid saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, minuman yang mengandung kafein seperti kopi adalah tidak disarankan untuk pesakit hipertiroid kerana ianya boleh memperparah gejala hipertiroid, yang dicatat oleh beberapa kes pesakit. Saya juga menasihatkan anda untuk kurangkan atau elakkan dari minuman dan makanan yang mempunyai kandungan kafein yang tinggi ataupun minuman berkarbonat, bagi mencegah sebarang komplikasi daripada berlaku.
Selesaikan masalah tiroid anda dengan Pakar Yang Bertauliah !
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih