
Sulit
3 tahun
Mengambil combination pills
saya wanita 24 tahun , pada bulan lepas saya telah bersetubuh dengan suami saya dan saya tidak mengambil sebarang pil perancang pada waktu itu , pada bulan ini saya tidak mengalami haid jd sya berfikir saya mengandung. jadi soalan saya bolehkah saya mengambil combination pills pada bulan ini.?? adakah ia akan berkesan??

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Berdasarkan keterangan yang diberikan, anda ingin mengetahui jika pil perancang kehamilan boleh berkesan jika anda hamil, adakah ini betul? Maafkan saya jika tersalah tafsir soalan anda, namun saya akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, jika anda hamil, pil perancang kehamilan tidak akan berkesan untuk mencegah kehamilan tersebut.
Walaupun pil perancang kehamilan tidak memberikan sebarang kesan kemudaratan kepada bayi dalam kandungan, adalah terbaik untuk anda berhenti mengambil pil perancangan sekiranya hamil.
Namun begitu anda perlu melakukan ujian kehamilan dahulu untuk memastikan anda hamil ataupun tidak.
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.