
Sulit
4 tahun
Mengambil escapelle ketika datang bulan
Hai, sepatutnya saya datang bulan pasa 21/4, dan saya adakan hubungan intim bersama suami pada 9/4 malam. Pada 11/4 pagi saya datang bulan iaitu awal 10 hari. Adakah masih selamat sekiranya saya mengambil oil escapelle ketika saya datang bulan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, pil perancang kecemasan atau morning after pill berfungsi untuk mencegah kehamilan setelah berhubungan seksual. Ianya perlu diambil dalam masa 72 jam setelah berhubungan seksual bagi mencegah kehamilan. Pil escapelle boleh diambil pada bila-bila masa dalam kitaran menstruasi. Namun, jika anda mengalami haid setelah berhubungan seksual, risiko kehamilan adalah rendah.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi