
iezwien04
5 tahun
Mengambil pil perancang
Maaf saya ingin bertanya, saya seorang perokok dan ingin mengambil pil perancang Yasmin. Adakah ianya akan memberi kesan buruk pada diri saya ??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, pil ini tidak boleh diambil jika anda merokok. Maka, anda disarankan untuk berhenti merokok kerana ia tidak baik untuk kesihatan. Sekiranya anda inginkan bantuan untuk memudahkan anda berhenti, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang cara-cara tersebut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.