
Sulit
3 tahun
Mengambil pilk dlm 2 hari
saya baru mengambil pil perancang dalam 2 hari ,ada ka saya akan mengandung ?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan
Kami memahami melalui keterangan anda, bahawa anda ingin mengetahui tentang waktu pil perancang akan berkesan, adakah ini betul? Jangan risau kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, keberkesanan pil perancang kehamilan akan bergantung kepada tempoh anda mengambil pil perancang tersebut.
Jika anda mengambil pil perancang dalam tempoh 5 hari selepas anda mengalami haid pada hari pertama, anda akan dilindungi daripada kehamilan serta merta.
Namun jika anda mengambil pil pada tempoh lain, anda perlu memakan pil selama 7 hari untuk dilindungi daripada kehamilan.
Jika anda mempunyai masalah kesihatan, anda boleh berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.