
Sulit
3 tahun
Mengambil postinor sebelum vaksin
Salam sejahtera dr,
Saya telah mengambil postinor pada 8 ogos bagi mencegah berlakunya kehamilan. Kemudian, 2 hari akan datang pada 11 ogos saya akan menerima vaksin yang pertama.
Jadi saya nak tanya dr, adakah saya masih boleh divaksin jika saya mengambil pil postinor sebelum menerima vaksin pertama saya? Apakah pengambilan postinor tersebut akan memberi kesan terhadap vaksin yang diterima?
Harap Dr sudi menjawab pertanyaan saya. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, pengambilan pil postinor tidak akan menyebabkan kesanan pada vaksin Covid. Vaksin Covid juga tidak akan mempengaruhi fungsi pil postinor. Kesan sampingan umum menerima vaksin covid adalah seperti yang berikut, contohnya:
- Sakit, bengkak di tempat suntikan
- Demam
- Menggigil (rasa sejuk)
- Sakit otot atau sendi
- Sakit kepala
- Kelesuan
- Batuk dan sakit tekak
- Loya dan muntah
Gejala-gejala ini akan menyembuh secara sendiri dalam jangka masa sekurangnya 1 minggu dan tidak menyebabkan sebarang komplikasi.
Sekiranya gejala anda jadi semakin teruk, anda perlulah menghubungi 999 ataupun merujuk kepada doktor anda dan menghubungi talian CPRC di 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini daripada doktor atas talian kami.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini