Sulit
2 tahun
Mengambil ubat lain selain vaksin
Hi, saya wanita berumur 26 tahun. Selepas pfizer,tak sanpai 24 jam, saya ada ambil ubat alpha- lipoic acid sustained release. Boleh ke? Atau ada apa2 effect?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, setiap ubat-ubatan yang diambil hendaklah mendapat nasihat dan penerangan daripada doktor yang merawat anda. Dalam waktu 24 jam selepas menerima suntikan vaksin, sebaiknya anda tidak mengambil sebarang ubat-ubatan dahulu kerana ditakuti ia akan mengurangkan efektiviti daripada vaksin itu sendiri.
Namun, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini