
Sulit
5 tahun
Mengambil ubat pontalon bagi remaja bawah 18 tahun
saya remaja berusia 16 tahun. saya ada masalah radang mata
yang dialami sejak awal tahun ini. saya seringkali berjumpa dengan doktor. saya telan melakukan biopsy pada akhir bulan 5 . selepas operate doktor bagi saya makan ubat steroid. selepas berhenti makan ubat steroid skit saya kembali lagi. mak cik saya sarankan makan ubat pontalon. saya makan sekurang-kurangnya 3 biji sehari bila sakit. sejak kebelakangan ini mata saya sangat sakit. jadi kadang - kadang saya makan 4 bii sehri. hari- hari jugala saya makan ubat pontalon ni. tapi kadang - kadang saya hanya makan 1-2 biji sehari. bila makan ubat ni sakit saya akan hilang. tpi mak cik sya ada ckp ubat ni x boleh makan selalu sebab boleh akibatkan masalah ginjal. jadi saya berhenti makan ubat ini. jadi, apa kesan klau makan ubat pontalon bagi remaja bawah 18 tahun doktor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pengambilan ubat Pontalon iaitu sejenis ubat anti-keradangan, adalah tidak disarankan bagi remaja bawah umur 18 tahun kerana:
- Risiko Sindrom Reye’s - hal ini kerana ubat Pontalon adalah sejenis keluarga ubat NSAIDs
- Risiko kerosakan buah pinggang - jika hal ini berlarutan, ia boleh memudaratkan kesihatan
- Risiko ulser perut - akibat lebihan asid dalam perut kerana penggunaan lama ubat ini
- Sakit kepala berpanjangan
Untuk mengatasi masalah keradangan dan sakit mata anda, anda dinasihatkan untuk mengikuti dan mengambil ubat yang diberikan doktor mata anda. Rawatan sakit mata alternatif juga boleh dibincangkan bersama anda dan doktor mata anda. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.