
Sulit
5 tahun
Mengandung 3 minggu
last haid saya pada 11/7/2019, dan telah bersama suami pada 24/7/2019 tetapi buang diluar. Sehingga semalam saya masih belum didatangi haid, dan hari ni apabila saya membuat ujian kehamilan ianye positif dan menunjukkan kandungan 3minggu+. Adakah ini boleh terjadi? Sebab saya belum bersedia untuk ada anak.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Hubungan kelamin tanpa perlindungan samada pemakaian kondom mahupun pemakanan pil perancang mempunyai risiko yang tinggi untuk hamil walaupun air mani dibuang luar. Hal ini kerana, terdapat kemungkinan sedikit air mani yang sudah memasuki faraj anda sebelum suami anda mencapai klimaks. Faktor lain bagi keterangan yang anda berikan ialah, sekiranya anda tidak menjalani ujian ultrasound lagi dan hanya menggunakan ujian air kencing, kemungkinan terdapat kerosakan pada alat ujian tersebut.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta merunsingkan anda, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.