
Sulit
5 tahun
Mengandung 7 minggu masih belum buat pemeriksaan pertama dengan doktor
Saya berumur 31 tahun dan dah buat UPT test, didapati positive dan selepas membuat kiraan, saya hamil 7 mi ggu. Saya ada mengambil folic acid 5mg sebiji sehari tetapi oleh kerana masih PKP, saya masih belum membuat pemeriksaan buat kali pertama dengan doktor di klinik. Pada pandangan doktor, adakah saya patut membuat pemeriksaan sewaktu PKP ini atau boleh tunggu selepas PKP baru saya pergi buat pemeriksaan ya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan untuk datang berjumpa dengan doktor memandangkan kita sedang mengalami wabak coronavirus.
Pada pandangan saya, amat disarankan untuk anda pergi membuat booking atau membuat buku pink bagi ibu mengandung secepat mungkin. Hal ini kerana, bagi mengira tarikh anda melahirkan bayi anda perlu berjumpa dan membuat imbasan ultrasound secepat mungkin bagi mengira umur janin dengan tepat. Selain itu, pemeriksaan juga penting bagi mengesahkan kehadiran dan kedudukan janin di dalam rahim. Banyak lagi pemeriksaan lain yang harus dijalankan di awal kandungan. Maka saya nasihatkan untuk anda pergi berjumpa doktor segera.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.