
aini.fadzen1980
5 tahun
Mengandung 9minggu tapi janin tak nampak
Saya berusia 38tahun.Ini kandungan ke4 saya.Nak tanya,jika kandungan 9minggu tapi janin masih tidak nampak hanya kantung sahaja adakah itu normal sebab sebelum ni saya tk pernah alami seperti ni.mohon pendapat.terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, apabila saat scan hanya kelihatan janin sahaja, ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kehamilan masih di peringkat awal
- pesudogestational sac (kehamilan luar rahim)
- gestational trophoblastic disease (proses pertumbuhan sel menjadi masalah)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.