
notty_gal2003
5 tahun
Mengandung atau masalah kesihatan lain?
Selamat petang Doktor. Adakah normal sekiranya period datang cuma 2 hari sahaja? Period yang datang itu pun quantity banyak macam biasa. Selalu nya, period saya selama 4-5 hari. Tetapi bulan ini cuma 2 hari sahaja. Sekarang saya ada rasa sedikit mual seolah olah badan masuk angin dah air liur macam terasa banyak daripada biasa. Adakah saya mengandung? Saya bersama suami pada bula n lepas.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Jika cik sudah datang haid, ini bermakna cik tidak mengandung. Kerana haid keluar apabila telur (Ovum) tidak disenyawakan. Berkaitan dengan hari period yang sekejap, ia adalah normal apabila seseorang wanita itu meningkat dewasa.
Sekiranya masalah ini menyebabkan aktiviti harian cik terganggu, saya sarankan untuk segera ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.