Sulit
19 bulan
Mengandung atau penyakit
Saya wanita berusia 32tahun. Pada 13/11 lepas saya telah ke klinik kesihatan utk membuat pemeriksaan berkaitan perut yg membesar seperti orang mengandung. First sekali doctor suruh test upt, tapi negatif. Then doctor scan dan katanya nampak kantung. Doc suruh balik cek upt lagi sekali pada waktu pagi air kencing pertama. Pagi tadi saya test upt tapi still negatif kenapa ye ? Doc kata kandungan saya dah berusia 5minggu. Dia tak bagitahu apa2 detail pun. Last period saya 22/10. Ada kah kantung itu sememangnya kantung bayi ? Atau saya ada sakit lain
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.