
aishahhumaira87
6 tahun
Mengandung atau tidak?
Saya sudah berkahwin masuk 5 tahun (2019), pernah keguguran pertama kali pada bulan 8/2018 kandungan baru 5 minggu.
Masalah saya sekarang berkaitan dengan satu app pregnancy … Setiap bulan saya akan update period/mood/berat dll… But now saya dah xboleh update tarikh period sebabnya app tu keluarkan ayat RALAT : KEHAMILAN… Dan dlm perkiraan mereka sudah 7@9 minggu tapi saya sudah membuat pregnancy test yg sy beli di farmasi sebanyak 4x seminggu sekali namun semuanya NEGATIF. App tu kira 17/1 adalah tarikh sy mula hamil… Tp bln 2 dan 3 ni sepertinya sy period cuma bezanya bulan 2 tu 3 hari sblm period ada keluar darah hitam tp xbyk kemudian saya period darah seperti biasa xterlampau banyak dan xjuga sedikit tetapi hanya 3 hari sahaja. Hari2 selepas itu tiada darah. Bulan 3 baru2 ni pun sy keluarkan darah hitam 2 hari sebelum period. Darah period pula terlampau banyak selama 4 hari …manakala hari ke 5 tinggal sikit. Hari ke 6 keluar darah hitam sedikit …hari 7 bersih.
Selera makan sebelum period xada selera namun selepas period agak berselera. Berat badan naik dan kadang2 turun.
Selalu sakit kepala. Kadang² rasa mual tapi xmuntah.
Tumit kaki setiap hari sakit selepas bangun tidur , petang dan malam.
Perut kembung setiap hari.
Membuang air besar kadang2 sampai 2 ke 3 hari baru membuang.
Keguguran rambut, cepat mengantuk, kadang2 susah tidur. Penat even xbuat kerja, pernah rasa semput tiba2… Dalam seminggu lbh kurang 2x. Kadang2 boleh tahan xmakan apa2 dlm 1 hari. Kadang2 makan hanya sekali sehari.
Apa yang perlu saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
App Kehamilan tidak semestinya 100% benar. Disebabkan App anda tidak berfungsi, sebaiknya anda boleh ingat kembali bila tarikh terakhir period anda dan kiraan anda boleh bermula daripada situ. Pendarahan yang merisaukan anda ini perlu dirujuk dengan lebih lanjut kerana simptom seperti lemah lesu dan tiada selera makan adalah membimbangkan. Saya mengesyorkan anda untuk mendapatkan nasihat lanjut tentang masalah ini.
Sila kunjungi mana-mana klinik atau hospital terdekat atau klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Terima kasih.