
Sulit
4 tahun
Mengandung dan migrain
Sy mengandung usia kandungan 18 week. Sejak beberapa hari kerap sakit kepala sgt, hidung tersumbat tetapi tidak selesema dan demam. Hilang deria bau dan rasa. Adakah ianya normal bagi ibu mengandung? Adakah ianya akan berpanjangan? Sy risau kandungan sy tidak mendapat khasiat makanan yg secukupnya.
Terima kasih doktor.

4 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Migrain adalah sejenis sakit kepala yang biasanya terjadi pada satu belah kepala sahaja.Sebab utama migrain terjadi masih tidak diketahui lagi, namun ia dikaitkan dengan beberapa pencetus yang menyebabkan sakit kepala ini. Antaranya adalah stres, keletihan, makanan atau minuman tertentu, atau sebelum datang haid.
Migrain terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
-Migrain dengan ‘aura’ - apabila tanda amaran tertentu terjadi sebelum migrain bermula, seperti cahaya bersinar-sinar
-Migrain tanpa ‘aura’ - migrain yang paling biasa dialami di mana migrain terjadi tanpa sebarang tanda amaran tertentu
-Migrain ‘aura’ tanpa sakit kepala - juga dikenali sebagai ‘migrain senyap’ di mana ‘aura’ atau simptom lain migrain terjadi tetapi sakit kepala tidak terjadi.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Simptom utama migrain adalah sakit kepala yang teruk dan biasanya pada satu belah kepala sahaja. Kesakitan tersebut biasanya mempunyai sensasi berdenyutan yang menjadi semakin teruk apabila anda bergerak dan kesakitan ini boleh menjejaskan aktiviti harian anda. Simptom lain termasuk loya, muntah dan peningkatan sensitiviti terhadap cahaya dan bunyi. Sesetengah orang juga mengalami ‘aura’ yang merupakan tanda amaran migrain bakal dialami.
Berdasarkan keterangan anda, wanita mengandung jarang mengalami masalah hilang deria bau. Anda diminta untuk pergi berjumpa doktor.
Terima kasih
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.