
Sulit
5 tahun
Mengandung janin dysplastic kidney
berumur 33 thn dan mengandung kembar, weeks 22. doc baru sahkan 1 bayi ada masalah dysplastic kidney pada sebelah kiri dan kanan membengkak. saya nak tahu supplement atau vitamin yang saya boleh ambil. contoh fish oil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah dysplastic kidney yang dihadapi oleh janin anda. Untuk makluman pihak puan, masalah ini boleh disebabkan oleh genetik atau pngambilan beberapa jenis ubat yang menganggu tumbesaran buah pinggang secara normal. Oleh hal yang demikian, untuk menjawab soalan anda, setakat ini tiada ubat atau makanan tambahan yang boleh membetulkan keadaan ini. Namun sekiranya anda ingin mengambil supplemen bagi mambantu menguatkan badan anda sendiri, ianya boleh. Tetapi, digalakkan untuk berbincang dengan doktor anda.
Berikut merupakan jawapan am bagi soalan yang diajukan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat lebih lanjut. Terima kasih.