Anonymous
6 tahun
Mengandung ke kalau bersama semasa menunggu haid?
Hi doktor… sy berumur 28thn dan 9bulan lali bersalin melalui process ceaser… sy risau sbb sewaktu dalam tempoh menunggu haid selepas makan pil perancang, sy telah bersama dgn suami… hari akhir makan pil ialah sabtu dan telah bersama suami pada hari selasa tanpa pelindung… adakah sy berkemungkinan untuk mengandung?
6 tahun
alam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk situasi anda, anda boleh guna kaedah perancang kecemasan iaitu kaedah yang paling sesuai selepas melakukan hubungan intim tanpa perlindungan.Ia perlu diambil dalam masa lima hari untuk ia berkesan. Ia bagi memberikan diri keyakinan dan kepastian kehamilan tidak akan berlaku. Perlu diingatkan bahawa kaedah mencegah kehamilan secara kecemasan tidak harus digunakan secara berterusan.
Jika anda ingin mencegah kehamilan secara berterusan, anda seharusnya menggunakan cara-cara seperti penggunan kondom, Intra-Uterine Contraceptive Device (IUCD), implan atau susuk pencegah kehamilan. Salah satu cara mencegah kehamilan secara kecemasan ialah dengan mengambil pil hormon yang mampu bertindak dengan segera. Namun, ia harus diambil mengikut tempoh yang ditetapkan.
Pil kecemasan dianggap selamat untuk diambil wanita dalam lingkungan usia subur, mempunyai jumlah cahaya mata yang mencukupi, pasangan yang baru mendirikan rumah tangga dan masih belum bersedia menimang cahaya mata atau yang terlanjur dan mengadakan hubungan intim di luar nikah. Pil kecemasan wajar diambil secepat mungkin selepas mengadakan hubungan intim yang boleh menyebabkan kehamilan yang tidak diingini. Lebih cepat ia diambil, hasilnya lebih berkesan.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih





























