
Anonymous
5 tahun
Mengandung luar rahim
Saya wanita berusia 35 tahun. Saya telah datang bulan pada 24 Jun 2019. Hari ini saya buat ujian kehamilan didapati positif. Sedangkan saya sudah mengikat peranakan pada bulan Mac 2018. Adakah saya mengandung luar rahim. Apakah yang perlu saya lakukan… bilakah waktu sesuai untuk saya berjumpa doktor untuk melakukan ulrasound. Tq.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, keputusan ujian kehamilan positif walaupun sudah mengikat peranakan boleh terjadi kerana:
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
- Penyakit trofoblast atau ketumbuhan dalam ovari
Anda boleh berjumpa dengan doktor anda dalam tempoh 1-2 minggu bagi membuat ujian ultrasound bagi mengenalpasti keadaan dalam rahim anda. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memberikan gejala seperti sakit perut dan demam kepada anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.