
Anonymous
2 tahun
Mengandung pembedahan
hi doc, sy brsalin ceaser, ank skrg baru nak msuk 5 bulan, sy delay period, ble cek upt naik double line, cmne sy nak buat ye doc? sy tak sngka pun sy prgnt… hmm

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Anda boleh sahaja meneruskan kehamilan anda sekiranya anda benar-benar hamil. Namun, ia mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk kehamilan seterusnya. Anda memerlukan ‘follow-up’ yang lebih kerap dengan doktor untuk mengelakkan sebarang komplikasi yang tidak diingini.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih