
Sulit
3 tahun
Mengandung sebaik sahaja selepas keguguran
Salam Dr. Saya baru sahaja keguguran kandungan 5minggu pada 13/4/2021. Semasa di klinik, result UPT menunjukkan NOT PREGNANT. Kemudian, darah keluar selama seminggu dgn sendirinya tanpa perlu buat DNC. Sebaik sahaja habis keluar darah,sy bersama dgn suami. Sy mendapati sehingga hari ini sy tidak mendatangi haid yg seterusnya & UPT test sy sentiasa menunjukkan positive yg kuat.Sy telah ke klinik berdekatan, tetpi Dr diklinik tidak membuat sebarang ujian pada sy dan hanya menyuruh sy kembali ke klinik selepas sebulan. Tetapi sy ada rasa mual2, kerap kencing, perubahan mood & nyeri2 di bahagian bawah abdomen.Soalan sy, adakah possible utk sy mengandung sebaik sahaja selepas keguguran tempoh hari? Dan jika saya mengandung, apakah risiko2 yg perlu sy risau utk kandungan yg ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, ujian kehamilan menggunakan hormon yang dikenali sebagai Human Chorionic Gonadotropin (hCG) yang boleh dijumpai dalam air kencing. Selepas keguguran, kadar hCG akan kembali normal (kurang daripada 5mIU/L) sekitar 4 - 6 minggu selepas keguguran.
Disebabkan ujian kehamilan sekarang sangat sensitif, kadar hCG yang kecil mampu memberikan hasil yang positif. Anda mungkin juga dapat merasakan simptom-simptom kehamilan.
Memandangkan anda telahpun ke klinik dan berjumpa dengan doktor, kami sarankan anda untuk mendengar nasihat dan panduan yang telah diberikan oleh doktor tersebut kerana beliau lebih mengetahui dan mempunyai rekod kesihatan anda.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor di klinik berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung bersama doktor kami secara terima kasih untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.