
Sulit
5 tahun
Mengandung sebelum 2 tahun
Hi doctor, nk tanya soalan mengenai kehamilan. Ini details saya;
Umur: 28 tahun
Bersalin: emergency ceasar (abnormal doppler). Baby tidak membesar dan air ketuban tinggal sedikit. Saya normal tiada apa-apa masalah.
Baby: NICU 26 hari, berat lahir 1.4kg, berat keluar dari NICU 1.75kg. baby ok tiada komplikasi cuma berat tak cantik. Pramatang 35 minggu (8 bulan)
Masalah: saya buat upt test dan dapati saya hamil. Baru skip period bulan ini. Baby sekarang berumur 1 tahun 4 bulan. Masih menyusu badan, tapi bukan direct feeding. Saya epmom (elektric pump) utk dapatkan susu.
Soalan: adakah kehamilan saya ini selamat kerana belum cukup 2 tahun, anak previously pramatang dan saya epmom menggunakan breastpump utk mendapatkan susu.
Saya akan ke klinik dalam masa terdekat.
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, biasanya kehamilan disarankan untuk dijarakkan sehingga 2 tahun sebelum kehamilan seterusnya kerana untuk memberikan masa bagi rahim benar benar sembuh terutamanya selepas pembedahan ceaser. Namun begitu, memandangkan anda telah mendapati anda hamil, langkah seterusnya adalah untuk ke klinik seperti yang anda rancang bagi mendapatkan nasihat tentang perkara yang anda perlu lakukan atau elakkan sepanjang kehamilan kedua ini bagi mengelakkan sebarang komplikasi.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.