
edahaslinda9059
2 tahun
Mengandung selalu gugur
Saya dah kawin 14tahun.saya dah 3kali gandung.semua anak saya beranak tak cukup bulan.tapi semua meninggal .doktor ada lah bagi saya asid folik tapi tak hbis.adakah saya kena amalkan terus dgn asid folik tu.

5 tahun
Selamat sejathera puan .
Terima Kasih atas pertanyaan anda . Untuk makluman puan terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan pengguguran yang kerap . Oleh itu , saya menasihati puan untuk mendapatkan satu pemeriksaan yang lengkap di hospital ataupun klinik sakit puan yang terdekat dengan puan.
Pengambilan asid folik membantu anda daripada mengalami keguguran .Anda boleh teruskan pengambilan ubat folik asid seperti yang telah disarankan oleh doktor .
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih