
Sulit
5 tahun
Mengandung selepas keguguran
Sy berumur 32thn. Sy keguguran 2 bulan lepas,semasa kndungan 8w. Sy ada 2 org ank, 3thn & 1thn 7bln. Selepas keguguran, sy belum dtg haid. Bila sy check upt, 2 line. Sy belum pergi check up klinik lg. Adakah kandungan sy akn berisiko?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, risiko keguguran adalah 20% selepas satu keguguran dan ia akan meningkat jika terdapat dua keguguran dan selanjutnya.
Bagi kandungan ini, anda dinasihatkan:
- Ambil asid folik
- makan makanan berkhasiat
- kurang melakukan perkara yang boleh memberi tekanan emosi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.