Sulit
2 tahun
Mengandung tapi keluar darah haid
tarikh 31/5 saya check digital pt saya pregnant 3-4week. tapi 4/6 saya keluar darah haid ? saya pelik saya mengandung tapi kenapa keluar darah haid
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan anda mengenai mengalami pendarahan walaupun keputusan ujian kehamilan mengatakan anda mengandung. Jangan risau kerana kami akan cuba untuk membantu anda.
Kehamilan yang mempunyai pendarahan merupakan sesuatu perkara yang tidak normal dan memerlukan pemeriksaan doktor dengan segera. Kami sarankan anda untuk pergi ke klinik atau hospital berhampiran supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan.
Antara sebab mengapa individu mengalami pendarahan semasa awal kehamilan adalah:
- Pendarahan implantasi
- Kehamilan luar rahim
- Kehamilan anggur
- Keguguran
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Polip serviks
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.