Sulit
5 tahun
Mengandung tapi keluar pendarahan macam period..adakah saye keguguran
assalamualaikum nak tnye… pada 23/4 sye ke klinik dan sye disahkan mngndung 2 minggu tpi pada 25/4 sye mengalami pendarahan mcm period… adakah sye mengalami keguguran 
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera Adeline, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Dalam hal ini adalah lebih baik anda lakukan ujian upt bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang status kehamilan anda. Selain itu, anda juga boleh ke klinik untuk mengesahkan status kehamilan.
Doktor akan melakukan ujian darah dan/atau imbasan ultrasound bagi mengesahkan sama ada kehamilan anda masih selamat atau tidak.
Pendarahan boleh disebabkan pelbagai perkara seperti:
- implantasi janin pada rahim
- keputihan normal
- haid dan sebagainya
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.




























