
Sulit
5 tahun
Mengandung tapi period keluar 2 hari
Saya wanita umur 20 tahun…baru berkahwin 4 bulan… saya mempunyai period yang tak teratur . Baru2 ni saya cek upt…hasil tunjuk positif…saya ulang buat upt 3 hari selepas itu…dan positif jugak…2 hari lepastu saya terdapat ada darah keluar seperti darah period…tapi saya tidak rasa sakit seperti senggugut…sebenarnya saya mengandung atau tidak?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pendarahan ketika awal kehamilan boleh disebabkan:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Keguguran
- Kehamilan luar rahim
- Fibroid atau polip di serviks atau rahim
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.