hafizameant06
4 tahun
Mengandung tapi period
Sy berumur 20an…klu ikutkan sudah sbulan lbih sy xperiod…jdi suami mngesyaki sy pregnant…apbila sy buat ujian air kncing kputusan nye positif…ttapi slps tu sy period…adakah sy prlu tgu abis period utk sahkan sy pregnant atau mcm mna.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda terdapat beberapa sebab kepada ujian kehamilan positif antaranya kehamilan, ‘molar pregnancy’, ‘ectopic pregnancy’(hamil luar rahim), chorionic carcinoma dan sebagainya. Mungkin juga alat upt itu rosak dan menyebabkan keputusannya positif meskipun anda tidak hamil. Selain itu, mungkin juga anda hamil dan spotting itu hasil implantasi janin.
Bagi mengesahkan sama ada anda hamil atau tidak, anda boleh ulang ujian upt atau terus ke klinik untuk ujian lain.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah masih diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.