norainicheali0
6 tahun
Mengandung tetapi pesakit tyroid
Saya berusia 23 tahun kini sedang hamil anak pertama. Saya merupakan pesakit thyroid. Sebelum ini saya pernah mendapat kan rawatan Di hospital. Doktor mengatakan saya adalah pesakit normal thyroid dan mempunyai bangkak kelenjar Di leher yang tidak akan membesar tanpa perlu dibedah, adakah berbahaya bagi saya ibu mengandung, adakah bayi dalam kandungan saya dalam bahaya Dan mendapat kan zat yang secukupnya,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor
Secara amnya, kehamilan merupakan salah satu tempoh yang penuh berisiko dan masalah tirod kemunginan besar boleh mengakibatkan komplikasi komplikasi seperti berikut:
Masalah kekurangan darah merah ( Anemia )
Masalah darah tinggi yang serius ( Preeclampsia )
Keguguran ketika kehamilan
Bayi kurang berat badan selepas dilahirkan
Kecacatan organ pada bayi (hati, otak, dan buah pinggang)
Untuk mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih





























