
Sulit
4 tahun
Mengandung tetapi sakit seperti senggugut
Saya membuat UPT dan mendapati bahawa saya mengandung tetapi saya rasa sakit seperti senggugut. Adakah ia normal?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit di bahagjan rahim boleh disebabkan oleh pelbagai perkara.Tetapi sakit perut atau kekejangan adalah perkara biasa pada kehamilan dan biasanya tidak perlu dikhuatiri.
Sakit perut diawal kehamilan boleh terjadi disebabkan oleh beberapa hal seperti:
- Sakit perut yang ringan pada kehamilan awal (semasa 12 minggu pertama) biasanya disebabkan oleh perkembangan rahim anda, ligamen yang tertarik, sebak benjolan anda tumbuh,embelit hormon atau angin terjebak.
Bagaimanapun, jika kesakitan anda meningkat dan berlarutan, anda disarankan untuk ke klinik dengan segera.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.