
Sulit
5 tahun
Mengatasi vaginismus
Sy 32 tahun mengalami vaginismus. Selepas membuat tvs dan bersama suami. Barulah sy perasan sy mengalami vaginismus. Bagaimana cara untuk mengatasinya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, terma perubatan yang digunakan untuk masalah yang anda nyatakan ialah vaginismus . Membawa maksud keaadan dinding faraj yang mengalami ketengangan atau kontraksi. Keadaan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Berlaku kepada wanita yang pertama kali melakukan hubungan kelamin.
- Boleh berlaku akibat dripada jangkitan kuman, trauma ataupun surgery pada bahagian kemaluan
- Masalah perhubungan rumah tangga ataupun stress
Rawatan merangkumi intervensi secara fizikal dan juga emosi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.