
Sulit
4 tahun
Mengeja secara terbalik ketika stress
Setiap kali stress or ada tekanan. Kalau eja sesuatu perkataan mesti akan ada yg tersalah susunan ejaan contoh “makan” jadi “makna”. Kenapa ye?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, masalah kesukaran untuk mengeja sesuatu yang anda hadapi terutamanya ketika stres adalah disebabkan oleh masalah tekanan stres tersebut secara langsung. Gejala stress dan tekanan emosi dikatakan boleh mengganggu konsentrasi seseorang dan boleh mengganggu kestabilan emosi dan kebolehan untuk memikir secara rasional.
Oleh itu, masalah stress anda secara langsung menyebabkan anda untuk sukar memberi tumpuan, dan menyebabkan anda tersalah ejaan ketika menulis. Kami menyangkakan bahawa masalah tersebut juga adalah berkait dengan pekerjaan anda yang terkini, kerana kemungkinan aktiviti menulis merupakan salah satu perkara yang anda lakukan ketika bekerja. Oleh itu, kemungkinan besar masalah stress anda ini adalah dipengaruhi oleh waktu dan jumlah kerja yang perlu disiapkan, masalah hubungan dengan rakan sekerja ataupun masalah kewangan yang anda hadapi.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Kami sarankan anda untuk mengurangkan gejala stress anda terlebih dahulu bagi mengelakkan masalah tumpuan anda ini berlaku. Selain itu, masalah kurang tidur juga memainkan peranan dari segi menyebabkan masalah tumpuan anda pada waktu kerja. Oleh itu, kami nasihatkan anda untuk mencukupi waktu rehat dan tidur anda, dan meluangkan masa dengan keluarga atau orang yang tersayang bagi mendapatkan sikap positif dan keyakinan diri yang diinginkan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.