
diana080934
5 tahun
Mengelakkan kehamilan Yang tidak dijangka
Sy trlepas mkn ubat pil perancang bulan nie… Skrg sy lmbt dtg period. Sy takut sy hamil. Sy x nk hamil. Sy baru LPs bersalin ank Ke5…usia baby 1thn5bln… Ada x Cara atau ubat utk sy Dr terus mengandung… Sy x mengandung dlm masa nie… Ada x ubat utk sy… Tolong

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kami tidak menyediakan perkhidmatan tersebut.
Terlebih dahulu, anda perlu membuat pemeriksaan kehamilan di klinik atau hospital berdekatan untuk memastikan keadaan anda. Anda juga dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga untuk kandungan seterusnya.
Sekiranya anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang kesihatan anda atau ingin tahu mengenai kaedah kontrasepsi yang paling sesuai untuk anda sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih