
Sulit
5 tahun
Mengeluarkan air mani ke faraj ketika hamil 32minggu
hai ,saya telah melakukan hubungan sex ketika isteri saya hamil 32minggu ,saya mengeluarkan air mani kedalam faraj isteri saya ,adakah isteri saya akan mengandung lagi ? kerana sekarang dia baru lepas bersalin ,baru 7 hari pantang .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman tuan, semua wanita yang melahirkan akan melalui fasa nifas. Pada kebanyakan orang, tempoh perdarahan nifas yang normal adalah sekitar 6 minggu. Apabila darah nifas anda telah berhenti, ini bermakna perubahan badan akibat kehamilan dan bersalin telah selesai. Kemudian, tubuh badan anda telah kembali kepada kondisi tidak hamil. Maka apabila tempoh nifas selesai, tubuh anda telah siap untuk hamil lagi dan ini ditandai dengan kedatangan haid.
Justeru, apabila anda melakukan hubungan seksual dalam tempoh nifas, kemungkinan untuk hamil adalah sangat rendah memandangkan belum ada ovum yang keluar pada tempoh ini.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk berbincang lanjut tentang punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.