
Sulit
4 tahun
Mengenai air ketum, adakah boleh buat sangkut urine atau tidak
Adakah urine ketum boleh sangkut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui keterangan diatas, anda ingin mengetahui adakah air ketum boleh sangkut pada urine ataupun dikesan melalui air kencing. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, ketum merupakan bahan semulajadi yang masih berada dalam proses kajian. Manfaat dan kebaikannya masih belum diketahui. Anda tidak digalakkan untuk mengambil ataupun mencuba minuman ini kerana terdapat pelbagai kesan sampingan ataupun komplikasi yang boleh berlaku keatas diri anda.
Untuk pengetahuan anda, antara kesan sampingan air ketum adalah:
- Menyebabkan rasa khayal (euforia)
- Rasa pening
- Mengantuk
- Muntah
- Mengakibatkan ketagihan
- Bibir dan kulit jadi kehitaman seperti kesan lebam dan terbakar terutama di pipi
- Kulit menjadi kering
- Sembelit
- Insomnia (gangguan tidur)
- Menyalahi undang-undang
Namun jika tidak berhenti digunakan, komplikasi yang lebih teruk boleh berlaku seperti:
- Masalah pada kesihatan mental
- Sindrom penarikan akan lebih teruk apabila ingin berhenti
Untuk mengetahui sama ada air ketum ini boleh dikesan melalui air kencing ataupun tidak, anda disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi .
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar psikiatri