
Sulit
3 tahun
Mengenai Asid Folic
Hi doctor,
saya nak tanya tentang asid folic.
Bilakah waktu makan yang sesuai kita makan asid folic?
siang atau malam?Masa period bolehkah kita makan Asid folic?
Suami pon perlu makan ke Asie folic?
Benarkah Acid Folic brand (VITABIOTICS PREGNACARE BEFORE CONCEPTION) - brand UK boleh membantu kesuburan wanita untuk mengandung.
sebab details Asid folic brand ni iaitu ( VITABIOTICS PREGNACARE BEFORE CONCEPTION
- EXPERT NUTRITION FOR WHEN TRYING FOR A BABY
-with zinc which ud scientifically proven to contribute to normal fertility & reproduction ( FOLIC ASID , INOSITOL, Vits.D & B12 , CoQ10.
- Brand asid folic di atas ni adakah brand yang bagus?
Terima kasih doctor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang asid folik. Kami akan cuba memberi penerangan.
Untuk makluman anda, folik asid adalah bahan yang sama dengan folate iaitu vitamin B9 yang boleh dijumpai dalam makanan anda. Biasanya pengambilan suplemen ini tidak perlu kerana telah didapati dari makanan. Tetapi bagi wanita yang merancang untuk hamil dan yang sedang hamil, suplement ini adalah satu keperluan bagi memastikan tumbesaran bayi yang sihat.
Folik asid boleh diambil pada bila-bila masa. Namun waktu yang disarankan adalah pada waktu pagi sebelum makan.
Tiada masalah untuk mengambil folik asid ketika haid
Folik asid adalah vitamin B dalam bentuk sintetik, ia boleh dijumpai dalam makanan iaitu bahan yang dinamakan folate. Lelaki juga boleh mengambil folik asid .
4& 5. Mana-mana jenama folik asid bagus diambil sebelum hamil untuk memastikan paras folik asid yang cukup di dalam tubuh apabila kehamilan bermula kelak.
Harap jawapan ini membantu anda. Sila rujuk doktor untuk pertanyaan lanjut. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih.