
Sulit
3 tahun
Mengenai masalah awal kehamilan
sy berumur 28 tahun…sy dah terlewat period 7 hari…sy buat ujian kehamilan dan sy positif …tp pada hari ke9 sy lewat period …tiba2 sy period…darah tidak banyak dan tidak sakit…adakah sy tidak mengandung…mohon penjelasan doktor…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Untuk makluman anda, ujian UPT mempunyai ketepatan yang tinggi. Oleh itu, kemungkinan untuk anda hamil adalah tinggi. Anda boleh mengunjungi klinik kesihatan berdekatan untuk mengesahkan kehamilan anda. Namun, ada kalanya ujian UPT boleh menunjukkan ‘false positive’. Ini boleh berlaku disebabkan :
- Pengambilan sesetengah ubatan
- Masalah kencing kotor
- Cara penggunaan UPT yang salah
- Masalah kesihatan lain seperti sista ovari atau penyakit buah pinggang
Anda juga memaklumkan bahawa anda mengalami pendarahan pada hari ke-9 haid terlepas. Jika anda hamil, ini boleh berpunca daripada :
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Kehamilan ektopik (kehamilan luar rahim)
Sekiranya anda tidak hamil, pendarahan ini boleh disebabkan oleh :
- Penggunaan ubat perancang, terutamanya IUCD
- Masalah tiroid
- Jangkitan kuman pada sistem reproduktif
Kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mengetahui punca sebenar masalah anda. Anda juga boleh menghubungi doktor pakar kami untuk konsultasi peribadi secara atas talian.
Terima kasih, kami berharap jawapan kami dapat membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.