Sulit
4 tahun
Mengenai penerimaan vaksin
Saya baru sahaja menerima suntikan vaksin sinovic,untuk pengambilan vitamin c(shaklee) digalakkan atau tidak boleh…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda ingin mengetahui sekiranya pengambilan Vitamin C digalakkan selepas vaksinasi Covid-19.
Secara amnya, Vitamin C boleh menguatkan sistem imuniti badan, dan seterusnya dapat menghindari seseorang daripada jangkitan kuman. Namun, pada waktu ini, tidak ada kajian yang mencukupi untuk mengetahui sekiranya Vitamin C membolehkan vaksin Covid menjadi lebih efektif. Oleh itu, kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor sebelum mengambil supplemen.
Anda boleh menghubungi kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini
























