
Sulit
3 tahun
Mengenai symtom Sinovac vaksin dose 1
Hi Doctor,
Sy wanita berumur 45 thn. Sy telah mndapat suntikan vaksin dose 1 pd 25/7 dan selepas lebih drpd 24jam sy mengalami sejuk d bhgian tgn dan kemudian kaki diikuti dgn degupan jantung yg laju. Seluruh bdn mnjadi sejuk tetapi sy tdk pitam atau pengsan. Hari demi hari symtoms semakin berkurang tdk seperti hari pertama. 1&2/8 sukar tdr tapi hari ini ok dpt tdr. Tp symtoms jantung berdegup kencang & bdn mnjadi sejuk msh ada cuma sangat kurang. Sy ingin bertanya Adakah ini normal symtoms akan hilang atau anxiety attack dan adakah sy sesuai utk menerima dose ke 2?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala yang anda mengalami tersebut adalah kesan sampingan biasa untuk vaksin Covid. Kesan sampingan vaksin Covid termasuk:
- Sakit, bengkak di tempat suntikan
- Demam
- Menggigil (rasa sejuk)
- Sakit otot atau sendi
- Sakit kepala
- Kelesuan
- Batuk dan sakit tekak
- Loya dan muntah
Selain itu, jantung berdegup kencang juga salah satu kesan sampingan vaksin Covid yang kurang umum.
Gejala-gejala ini akan menyembuh secara sendiri dalam jangka masa sekurangnya 1 minggu dan tidak menyebabkan sebarang komplikasi.
Sekiranya gejala anda jadi semakin teruk, anda perlulah menghubungi 999 ataupun merujuk kepada doktor anda dan menghubungi talian CPRC di 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini daripada doktor atas talian kami.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini